H.A.N.G.O.U.T.S !

assalamualaikum.

pada pagi yg indah lagi mempersona nihh, aiceyhh ! am nak update pasal hari kelmarin. ingat nak update semalam, tapi tiba-tiba jaa ayah conquer laptop. so, secara automatiknya am kena tido awal setelah puas menyanyi kat dapur untuk mengurangkan kebosanan tahap teruk, haha. factnya, am memang habiskan banyak masa depan laptop. almaklumlah, orang yg takda pekerjaan. sadisnyaa~ =..=

oke, kelmarin kami buat benda nihh :

1. kami pegi melantak pizza
2. pegi baling bola bowling.
3. kami pegi karaoke.

haa, kelmarin am keluar dgn shaa, ezi dgn syamil. syamil yg sponsor semua. haha, so kami satu sen pun tak bawak keluar duit. nak bawak keluar mcm mana, duit pun takdaa. ekonomi meleset. haha. pak cik syamil, thanks sebab bawak keluar banyak duit. nanti belanja lahh lagi. :)

nak tauu dakk, banyak gilaa benda yg lawak jadi. tambah2 kat pizza. haha. tak larat gelak kott. dah lahh kami second costumer. dgn air-cond pun diorg tak buka. tension lahh sekejap. part nak order, masing-masing dok tanya nak makan apa. last2, am dgn syamil makan island supreme. shaa dgn ezi makan chicken supreme. apa ntah lagi satu yg diorg order, makanan yg bagi kami gelak keras tuhh. selesai melantak, kami pun meneruskan perjalanan. aceewahhh !

then, kitorang pegi main bowling. yg nihh pun, am rasa macam nak gelak. tambah-tambah bila shaa resah gelisah sebab takmau main bowling. berpeluh-peluh shaa, sebab am dgn syamil paksa diaa main jugak. diaa yg dah biasa main pun, rasa cuak. am tak reti lansung main bowling. am main baling jaa. silap2, pecah lantai tempat bowling tuhh. haha. syamil lahh yg paling hebat bab2 bowling nihh. ehh, terpuji pulak.





berdasarkan gambar-gambar di atas, nampak sangat am yg paling taktau main bowling. cara baling bola pun teruk. aigoo~ gambar shaa yg elok, tengok lahh sapa photographer diaa. riakk ! haha. nasib baik lahh pak cik syamil nihh bawak kamera, mau tidakkk, mesti sekeping gambar pun takda. thanks syamil. :)

then, kitorg pegi karaoke. tapi sejam jaa. sebab am kena hantar shaa balik. diaa ada latihan kereta. sempat lahh nyanyi beberapa buah lagu. shaa dgn ezi dok busy dgn lagu 1Direction diorg. so, am dgn syamil pilihlah lagu My Heart utk diduetkan. aceewahh ! time syamil nyanyi lagu 3 Doors Down - Here Without You, am jadi terdiam. sedap kott sora diaa. ehh, terpuji lagi. ezi dgn shaa pun duet, lagu SM Salim dgn Siti Nurhaliza. #IniSemuaPoyo. haha

so, tamat lahh cerita hangouts kami. thanks kat korang sebab sporting. next time, maybe kita boleh keluar lagi. tapi orang lain pulak belanja. kesian kat syamil. =..= .. sekian, wassalam.


Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Saengil Chuka Hamnida Harz :)

assalamualaikum.

hari ni, hari isnin, bersamaan 21 januari 2013. hari ni, gemuk dah cukup 18 tahun. am dah wish semalam, tapi kali nihh nak bagi satu dunia baca. haha. budget lahh mcm blogg nihh satu dunia follow. takpa, niat tuhh yg penting. rasanya izzraif pun takkan baca entry nihh. biarkan, biarkan. dia busy dgn twitter dan ahli2 groupnya di twitter.


bila umur bertambah, nampak sangat yg perpisahan akan berlaku lagi. i mean, dulu still budak sekolah. boleh laa dok memain and jumpa kat sekolah. kalau dah 18 nihh, nak sekolah apa lagi dah kan?? sedihnyaa ! tak boleh nak jadi macam dulu dah. tapi, tu lahh lumrah alam. :)

my wish for his bufday :
" dear mohd izzraif harizi bin jasrinizar, happy 18th gemuk. i harap u akan jadi orang yg success. jadi anak yg soleh utk kedua ibu bapa u. jadi sahabat yg baik utk orang yg rapat dgn u. yg paling penting, i harap u dapat result yg gempak dlm spm. and dapat tunaikan impian u utk belajar di luar negara. jepun maybe?? insyaAllah i akan wish utk bufday u yg ke 19 pulak. saengil chuka hamnida !! "


i suka lagu nihh, so i tujukan utk u. malaysia takda winter, so u imagine je lahh. suzy pulak yg nyanyi. i tauu u minat suzy. haha. tahun nihh takda hadiah kott, i miskin. hikhik. that's all. have a nice life after this. -.-
Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Happy Bufday Syahmi :)

assalamualaikum.

tujuan update blogg kali nihh semata-mata untuk wish happy bufday dekat sepupu am. Mohd Syahmi bin Anuar. bufday diaa, kelmarin sebenarnya. 11 January. am sempat wish kat diaa, tp tak sempat jumpa pun. dia dah sama umur dgn am, 17 tahun. haha. tapi beberapa hari lagi, am nak masuk 18 tahun dah. :) oke, am nak tunjuk gambar diaa lahh.


kalau dulu am rapat dgn adib mubin, tapi sekarang macam tak jaa. still rapat, tapi adib busy dgn diaa punya study. so, am melepak dgn syahmi jaa lahh. sampai keluar date pun syahmi teman. actually, sapa bf am sebenarnya? syahmi or capital K? abaikan, dua-dua pun boleh. haha. am hantar mesej kat syahmi, " happy birthday syahmi". then syahmi reply, "tq, syg hg sangat2". ehh, terharu kott. :)

syahmi memang rapat dgn am, selalu jaa dia ceta pasal problem diaa kat am. maybe sebab am open kott. lately nihh, dok ceta pasal study. chaiyokk syahmi ! aku tau hg boleh. syahmi, jom p kuala perlis bila-bila. ak nak p makan angin. haha. arghhh! aku dah mula melalut tak tahuan hala. kita stop dulu setakat nihh naa. -.-


HAPPY BIRTHDAY
SYAHMI !!




Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Our First Year -.-

assalamualaikum.

am nak update blogg nihh. pasal apa ehh? haha. yes, pasal am dan diaa. cinta hati yg tak berapa dicintai. pejam celik, pejam celik. dah setahun hubungan kami. am tak sangka pun yg kami akan bertahan sampai lama macam nihh. sebab dua-dua orang kepala angin atau bahasa rasminya, panas baran. bila kami gaduh, memang takda istilah pujuk memujuk. jaga jaa lahh hati masing-masing. tapi takpa, am dgn diaa dah terbiasa dengan cara kami.

diaa pada pandangan am :

1. tegas tahap gaban.
2. matured.
3. penasihat yg baik. [kadang-kadang]
4. care pasal am punya study.
5. tak suka fikir pasal hal remeh-temeh.
6. gemuk tapi perasan tuff. [haha]
7. pandai tapi agak malas usaha. [kann??]
8. diaa boleh paham perangai am.
9. sukar diramal. [rasanya lahh]
10. suara diaa sedap. :)

sekarang diaa pun busy. dah mula sekolah kann? diaa form six upper sekarang nihh. memang jarang gilaa contact. tapi, both tak complain. time am SPM, diaa faham condition am. so sekarang giliran am utk faham diaa. haha, buat baik lahh sekejap. sorry lahh kepada sapa-sapa yg baca entry nihh, dan sapa-sapa yg tak suka apa yg am update. am just tulis apa yg am rasa nak tulis. oke?

10hb nihh am nak pergi dengar ceramah utk amali kereta. maksudnya, am akan ada L utk kereta lepas nihh. jeles dakk? haha. dok keja kumpul L jaa. am pegang lesen L utk moto dah setahun. teruk betul. kalau dapat kereta sejibik kan best. boleh travel semenanjung malaysia. angan-angan memang besar. hurhh ! apa yg sedang am karutkan nihh? aigoo~ so, kita stop kat sini. satt nak tuju lagu kat capital K. shaa yg suruh am tuju lagu nihh utk capital K.



Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Ahlan Wasahlan 2013

assalamualaikum.

hari ni, dah 2 januari 2013. adik-adik semua dah start sekolah. dan aku cuma dilanda kebosanan di rumah. almaklumlah, lepasan spm yg malas bekerja. job aku just bangun tidur, basuh pinggan, sidai kain, makan, mengadap laptop, makan. yg tuhh jaa kott. macam boleh ganti mak jadi suri rumah jaa. maybe aku tengah on the way belajar memasak. best kott masak memasak nihh. aku teringin nak tauu berat aku sekarang, rasa mcm dah over limit jaa. :)

dah masuk 2013 kan?? maknanya 2012 dah kita tinggalkan dgn 1001 kenangan pahit manis. walaupun dgn hakikat yg aku suka ponteng or lebih tepatnya aku jarang pergi sekolah. haha. tapi sekarang rasa rindu sangat nak duduk dalam kelompok. sembang dgn kawan-kawan. makan sama-sama. melawak sambil jalan nak pergi lab kimia or biologi. nak kucai aifaa macam selalu. tapi, aku dah tak boleh ulang saat semua tuhh berlaku. rasa menyesal pun adalah sikit. -.-

sepanjang 2012, am habiskan masa study dalam kelas 5 Othman. satt, nak tunjuk gambar kawan-kawan yg jadi penyembuh luka. diowg nihh jugak yg buat am geli hati dengan tingkah laku diowg. walaupun ada sesetengah yg am tak berapa rapat sangat. am rapat dgn sapa ehh?? hurmm, dgn budak perempuan memang am rapat dgn semua. kalau dgn budak lelaki, just dgn aizat, sukri, syamil, dgn ikmal jaa kott. rapat tuhh maknanya, boleh bawak berbincang. hehe


nak kena perkenalkan dakk?? haha. tak payah lahh. banyak sangat nihh. yg pasti, memang happening lahh duduk satu kelas dgn diowg. tak larat gelak. tambah-tambah lagi mau group pak side.

am taktau nak tulis apa dah. bismillahirahmanirrahim, ya Allah kau berkatilah perjalanan hidup hambamu ini sepanjang tahun 2013 yg mendatang. Kau jauhkan lahh segala kesedihan dan kegagalan dalam hidup hambamu ini. bahagiakan lahh orang-orang yg berada di sampingku. ameen~
Terima Kasih Membaca , Sila Like .