Denai Day !

assalamualaikum.

rajin bebenar Amani Ahmad Nasharuddin update blog sekarang ni. puji lahh sikit, puji lahh. ahaha ! sorry lahh, otak tak berapa nak senta sekarang nihh. actually kan, dekat sehari hari nihh am baring atas tilam jaa. wallaweh ! sakit yg tak terkata kott. tu lahh, selama nihh dok p jalan jaa pusing denai tuhh. kelmarin tetiba buat semangat nak jogging. apa lagi, sakit abeh satu badan. maka mak pun mula bising. abaikan jaa. janji jogging kelmarin memberi satu kepuasan :)

kemarin kan, sebenarnya takda plan pun nak keluar rumah. then, akmal razak tweet and ajak aliff athir p jogging kat denai. oww, baru teringat yg beta dah lama tak berjogging dan takpi denai. pastu, am pun hantar mesej kat kakak. tanya diaa free or tak. kalau dia takmau ikut, am pun tak jadi lahh nak p denai. dia reply and kami pun set lahh nak p pukul berapa dan sebagainya. 

5:30 lebih-lebih camtu, kami pun keluar lahh. oke, minyak moto takda. tapi, abaikan sebab kirin kata minyak moto banyak tuu still boleh sampai alor setar. macam biasa, saya lahh yg bawak moto tuhh. bajet macam lesen dah P. ahaha. pastu, sampai lahh kat denai. orang ramai lahh jugak. kebanyakannya bawak anak jalan-jalan, main taman. yg jogging tuhh tak banyak pun.

kami pun start lahh jogging. am nak jalan jaa sebenarnyaa, dah kakak suruh jogging, am jogging lahh jugak. fakta, kakak tinggal am tauu dakk. almaklum lahh, stamina diaa tinggi. am takda stamina. tambah dgn asthma lagi. so, jogging lahh ala-ala amani nasharuddin. time jogging tuhh rasa mcm tak cukup oksigen jaa. so, sekejap am jalan, sekejap am jogging. supaya am tak pengsan sorang-sorang. ahaha. dah laa kera banyak. mau kera tuhh mai ngorat am, kan niayaa. tak sanggup !

oke, ini tujuan yg sebenar ::











 











 

perghhh ! photoshoot sakan. atcually  kami tengah test kamera xperia V yg kakak baru beli. so, am lahh jadi modelnyaa. model lahh sangat ! dah laa gemuk. booo sikit. nah, am bagi korang tengok 23 keping gambar am. dah laa pakai jersi man u, nampak dakk pengkhianatan di situ?  kisah apa aku. selama dok p denai, tak pernah lagi buat photoshoot besar-besaran mcm nihh. almaklumlah, takda sapa-sapa sudi jadi photography. terasa dakk? ahaha !

cukup lahh update utk kali nihh. denai & kenangan. if u know what i mean. tunggu utk entry seterusnya tauu. wassalam. :)

credit : Nor Syazwani Anuar




Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Our Farewell

assalamualaikum.

how are u? feeling good? ahaha. i'm not oke at all. well, tangan terseliuh.
pagi ni, am nak cerita pasal hangouts kami kelmarin, actually dah plan lama dah. oleh kerana masing-2 nak sambung belajar. so, kelmarin iman dgn pqah hantar mesej ajak p kuala perlis. nasib baik lah am baca mesej tuu. almaklumlah, fon am sentiasa silent sekarang nihh. kenapa silent? hmm, am pun takda sebab yg kukuh.

am malas nak bawak moto, so suruh laa iman pegi ambik am kat kedai mak. dalam pukul 4.30 macam tuu, kereta kancil iman pun sampai. err, dan ppah yg drive. almaklumlah orang ada lesen. yg am nihh, retest pun tak lulus. nampak dakk betapa tak layaknya nak bawak kereta. ngee~ macam biasa lahh bila masing-masing baru dapat lesen, semestinya pemanduan di tahap yg paling bahaya. dan penumpang di dalam kereta akan menjerit macam orang naik roller-coaster. ppah corner kat selekoh, mana pakai break. tuhh yg buat kami menjerit lebih. btw, takda kehilangan nyawa yg dilaporkan. -.-

so, kami pun selamat tiba di destinasi. buka-buka pintu kereta, perghhh ! angin kuat cheqq oii. terangkat habis tudung. dengan air laut pasang. oke, permandangan tiptop. time order makanan, am order mcm yg dirancang jaa lahh. AIS KACANG ! lagi pun, am dah melantak kat rumah. mak masak nasik minyak dgn sambal udang. wallawehh, bukan selalu mak nak masak. memang terangkat arhh.
then, apa yg di-order pun sampai. kan am kata angin kuat tadi, takdan lama mana pun, ais tuhh cair. coishhhh! baik panggil AIR KACANG. hampeh betul. 









nak dijadikan cerita, time balik am pulak yg drive. for your in formation, am mana ada lesen. rupa-rupanya iman dgn ppah taktauu. patut lahh depa bagi am drive. time am drive, lagi kuat depa menjerit. roller-coaster berkuasa tinggi lahh katakan. ahaha. am drive dari kuala perlis, masuk ikut sungai baru dan terus ke kedai bonda beta. dalam dok kena bising sebab bawak kereta macam orang mabuk tuu pun, sempat lagi tunjuk kat depa kat mana umah izzraif. dan perjalanan am dan mereka pun berhenti kat kedai mak am.









utk pengetahuan, gambar ini tidak ditapis sama sekali. maybe nihh kali terakhir kami nak berkumpul sama-sama. nak bergelak ketawa. nak berkongsi cerita. lepas nihh masing-masing dah sibuk dgn urusan sendiri. masing-masing nak kejar cita-cita. harap kita takkan lupa kenangan sepanjang lima tahun kita kenal. hampa kawan terbaik yg pernah aku jumpa. jaga diri oke. aku sayang hampa semua. aku mintak maaf kalau ada salah aku dgn hampa. kalau aku terbaran dgn hampa, sakitkan hati hampa. sama ada aku ada niat atau pun takda niat. halalkan semua makan & minum yg pernah hampa bagi kat aku. aku akan doakan hampa dari kejauhan. jumpa kawan baru nanti, jangan lupa aku :)

p/s : cuba tahan air mata time tulis entry nihh. 

credit to: Shahirah Nasir, Nur Shafiqah, Nor Afifah & Iman Solehan

Terima Kasih Membaca , Sila Like .