Ahlan Wasahlan 2013

assalamualaikum.

hari ni, dah 2 januari 2013. adik-adik semua dah start sekolah. dan aku cuma dilanda kebosanan di rumah. almaklumlah, lepasan spm yg malas bekerja. job aku just bangun tidur, basuh pinggan, sidai kain, makan, mengadap laptop, makan. yg tuhh jaa kott. macam boleh ganti mak jadi suri rumah jaa. maybe aku tengah on the way belajar memasak. best kott masak memasak nihh. aku teringin nak tauu berat aku sekarang, rasa mcm dah over limit jaa. :)

dah masuk 2013 kan?? maknanya 2012 dah kita tinggalkan dgn 1001 kenangan pahit manis. walaupun dgn hakikat yg aku suka ponteng or lebih tepatnya aku jarang pergi sekolah. haha. tapi sekarang rasa rindu sangat nak duduk dalam kelompok. sembang dgn kawan-kawan. makan sama-sama. melawak sambil jalan nak pergi lab kimia or biologi. nak kucai aifaa macam selalu. tapi, aku dah tak boleh ulang saat semua tuhh berlaku. rasa menyesal pun adalah sikit. -.-

sepanjang 2012, am habiskan masa study dalam kelas 5 Othman. satt, nak tunjuk gambar kawan-kawan yg jadi penyembuh luka. diowg nihh jugak yg buat am geli hati dengan tingkah laku diowg. walaupun ada sesetengah yg am tak berapa rapat sangat. am rapat dgn sapa ehh?? hurmm, dgn budak perempuan memang am rapat dgn semua. kalau dgn budak lelaki, just dgn aizat, sukri, syamil, dgn ikmal jaa kott. rapat tuhh maknanya, boleh bawak berbincang. hehe


nak kena perkenalkan dakk?? haha. tak payah lahh. banyak sangat nihh. yg pasti, memang happening lahh duduk satu kelas dgn diowg. tak larat gelak. tambah-tambah lagi mau group pak side.

am taktau nak tulis apa dah. bismillahirahmanirrahim, ya Allah kau berkatilah perjalanan hidup hambamu ini sepanjang tahun 2013 yg mendatang. Kau jauhkan lahh segala kesedihan dan kegagalan dalam hidup hambamu ini. bahagiakan lahh orang-orang yg berada di sampingku. ameen~
Terima Kasih Membaca , Sila Like .

No comments: