Assalamualaikum.
Oke, sekarang pukul 2 pagi. Am tengah tengok video-video kat youtube dan taktau macam mana boleh tersesat kat blogg. Well, Ppah still aktif dengan blogg. Tapi Am macam dah lupa kat blog nihh. Heyy blogg, I miss you :)
2013 dah berlalu dengan tangisan dan ketawa. Maka 2014 hadir tanpa belum pasti menjanjikan apa-apa. Tapi Am still berharap yg something good will happen. Semester 2 dah start, pressure pun dah mula terasa. Apa taknya? 3 assignment PBS perlu Am buat. Dan semuanya dalam 3 bulan. Sejarah, Pengajian Am and Bahasa Melayu. Kalau ada orang kata yang tingkatan 6 nihh jalan pintas yang mudah, mohon anda perbetulkan otak supaya lebih waras. Anda SALAH. Mohon calon-calon SPM yg lain fikir banyak-banyak kali sebelum masuk tingkatan 6.
So, apa yang Am nak kongsikan? Entah.
Amani binti Ahmad Nasharuddin?
Takda apa-apa yang berubah pada diri saya. Masih saya yang dulu. Amani yang selalu senyum. Tapi kali nihh saya senyum dengan penuh keikhlasan. Kenapa? Kerana saya redha dengan apa yang pernah jadi sebelum ni. Saya senyum kerana saya tiada apa-apa masalah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya. Berita baik, Amani Nasharuddin dah tak pernah tinggal solat 5 waktu. Am ada terbaca satu statement, kalau nak berubah ke arah kebaikan, langkah pertama ialah jaga solat 5 waktu kita. Am bersyukur sebab Allah sayang Am, dan Dia memberi hidayah untuk Am berubah. Am tak malu untuk mengaku yang suatu masa dahulu Am ialah seorang yang jahil tentang agama. Yang penting, bagi peluang untuk diri sendiri berubah. Percayalah setiap orang ada peluang kedua.
Sekolah?
Oke, 8 Februari nanti umur Am genap 19 tahun. So sekarang, Am dah tingkatan 6 atas. Masih dalam aliran kemanusiaan. Apa lagi? Ohh, sem nihh am berazam untuk tak ponteng sekolah banyak sangat. Everything gonna be oke right? Secara jujurnya, Form 6 nihh laa baru am rasa betapa nikmatnya jadi student sekoalh menengah. Tak berapa terikat dengan disiplin sekolah. Ahh, I like it.
Kawan?
Yang ni menarik. Kalau tahun lepas asyik berkepit dengan Shahirah Nasir, tahun nihh Am ada banyak kawan. Why tahun lepas tak banyak kawan? Mudah jaa jawapan diaa, sebab Am selalu ponteng sekolah. Nak berkawan pun tak sempat. Tahun nihh Am ada Pa'in, 'Aisyah, Annasuhah, Mariam, Farah, Asiah, Putri, Tham Chew Meng and ada lagi. Wait, you know what? My Gemuk a.k.a Harz always there for me. Orang kata, berkawan biar ramai, berkasih satu dah laa. So Amani, you're not alone. Haha
Dont worry, kawan lama masih aku sayang sama macam dulu. Iman Solehan, Nor Afifah, Shafiqah Sazali, Fatin Fatini, Aishah Nurfitri, Aizat, Sukri, Anis Nadhirah. Ahhhh ~ Aku rindu hampa semua. Balik lahh belanja aku makan pizza. Mihmihmih.
Setakat ni jaa kott nukilan Am untuk kali nihh. Ingat, belajar memaafkan setiap orang yg berada di sekeliling kita. Dengan cara tuu baru lahh hati kita akan rasa tenang dan perjalanan hidup kita akan lebih lancar. Am doakan yang terbaik untuk kalian. Mohon kirimkan doa kalian untuk Am jugak. Wassalam.
Amani Nasharuddin, 18 Jan '14, 03:41 AMi
No comments:
Post a Comment