heyy there. entry kali nihh, nak cerita betapa kompiusnya amani ahmad nasharuddin. yes, pasal something yg bernama 'love'. haha. love lahh sangat. sebenarnya am dah tawar hati dan am taknak bagi komitmen dalam hubungan dengan seorang lelaki. korang check lahh past post dalam blogg nihh. am dah padam semua post tentang am dan diaa. perempuan kalau dah patah hati, korang akan nampak perbezaan dlm cara diaa layan korang. am dah cuba pertahankan hubungan ni selama setahun. dan sekarang diaa dah back to my side. masalahnya, am pulak yg tawar hati. am tak boleh layan diaa mcm kami nihh lovers. i prefer treat him as my friend.
memang, diaa tak pernah kongkong am. tak pernah nak marah kalau am keluar dgn sapa-sapa pun. kadang-kadang rasa mcm kami nihh strangers. wallawehh ! sakit jaa hati. diaa kat sana, am kat sini. dah 6 bulan kott tak jumpa. padahal duduk satu negeri jaa. ntah, am macam tak kisah pun ada. am pernah kata kat diaa, ' kalau am bukan jodoh ko, mesti ada org lain yg tercipta drpd tulang rusuk ko'. dan am memang maksudkan semua tuu.
am pernah kata, insyaAllah am akan join rombongan family diaa masuk meminang sapa-sapa nanti. korang tengok lahh betapa tawarnya hati am. dan waktu am kata mcm tu, am memang tak rasa apa-apa. tak rasa bersalah lansung. tapi diaa tegaskan yg diaa akan masuk meminang am satu hari nanti. perlukah am percaya semua tuu? bila diaa takda dgn am, am rasa sangat perlukan diaa. tapi bila diaa contact am, i'm such in pain. am memang betul-betul kompius. teruskan atau tinggalkan??
abang kata, " hang kalau nak tinggalkan diaa, cakap elok-elok ". am dah pernah buat semua ni, tapi dia takmau lepaskan. bukannya am tak sayang diaa. setahun, korang ingat sekejap ke? am sayang diaa, tapi hati dah jadi tawar. kata-kata diaa pun dah tak mampu bagi am cair. hati am dah jadi keras mcm batu. terlalu banyak yg am rasa sampai am jadi macam ni. kalau dah sampai masa nanti, kalau dah memang jodoh tu milik kita, just suruh mak ayah ko datang jumpa mak ayah am.
haha. umur am baru nak cukup 18 tahun. panjang lagi perjalanan. oleh sebab kita pun tak pernah declare apa-apa. so, am takmau fikir bab-bab ke arah nak berumah tangga nihh. am nak tunaikan dulu tanggungjawab am dekat incik ahmad nasharuddin dan puan rosfaniza ramli. tanggungjawab sebagai seorang anak. bagi am dapat balas jasa diorg dulu.
sekian dulu entry utk kali ni. ingat, jodoh tuhh ada untuk semua orang. korang cuma kena percaya dgn ketentuan Allah. buat masa sekarang, just penuhkan hati korang dgn cinta Allah. then, baru lahh cinta makhluk akan menyusul. wassalam~