New World . New Friends

assalamualaikum.
am ada banyak kerja, tapi segan nak buat. so, here i am.
its have been a while since i enter form six world. and seems like i enjoying my new world.
selalunya blogg nihh, am cerita pasal bestfriend kat smkaa jaa.
now, smkdsa turn. maju terus maju. haha.

kat smkdsa, am ambik aliran sastera. well, memang tuhh yg am nak ambik.
takda paksaan daripada sapa-sapa.
cuma ayah suruh ambik subjek ekonomi, tapi am ambik  pengajian perniagaan.
next, am masuk kelas 6 Rendah Hamka.
kelas nihh untuk student yang ambik subjek sejarah. boleh pilih antara sejarah and seni.
well, kawan-kawan dalam kelas nihh semua gila-gila.
geng-geng am kat agama arau pun ada kat situ, so tak rasa asing sangat.
ada syamil, wan atha', nurun, ikram, jibek, piduit, che ah, asiah. 

nak cerita apa lagi ehh? tengok gambar laa ehh?







ni jaa gambar yg am ada untuk korang tengok macam mana hidup am dekat sekolah.
am dah jadi pendiam sekarang nihh. mulut dah berat.
am cakap bila perlu jaa. kalau tak perlu, better am tido jaa.
orang tak sakit hati dengan am, am pun tak sakit hati dengan orang.
deal right?

walaupun dah ada kawan-kawan baru, am rindu yang lama.
rindu saat-saat dekat smkaa. rindu 4umar and 5othman.


rindu hampa semua weyhh.
so, setakat ni jaa lahh entry kali nihh.
kalau ada cerita baru, am akan update lagi. jangan rindu-2 tauu.
bhahaha ! wassalam ~

Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Raya '13

assalamualaikum.
dah berbulan-bulan masa berlalu since last entry am kat blog nihh. am taktau nak tulis apa sebenarnya.
kali nihh nak update entry pasal raya rasanyaa.


oke, ni gambar family am untuk tahun nihh. ni gambar raya kami dengan tok.
18 tahun am hidup, ni lahh tahun first tok join kami untuk gambar raya. nice right?
pemilihan warna baju raya tahun nihh, am yg buat. oke, actually mak tak setuju pun dengan warna nihh.
why?
mula-mula tuhh oke. then, she found that warna turquoise nihh payah nak cari.
dia kata, tahun depan dia pulak yg nak tentukan warna baju. am jangan pandai-pandai nak masuk campur.
muehehe, turquoise lawa oke. 
sekurang-kurangnya theme tahun nihh berjaya dilaksanakan dengan jayanya.


ada orang kata am nampak matured and matching pakai baju nihh. hehe. btw, thanks utk pujian.
maybe i look a bit fat, right? well, am bahagia. :)

nak dijadikan cerita, tahun nihh just ada family am dengan family pak lang jaa kat kampung.
so, raya tak meriah sangat lahh. tambah pulak rahmat Allah turun dengan sangat lebat.
hah, lupaa. family mubin pun ada. tapi petang tuu diorang balik perak.
kelmarin ain ada kata, setiap gambar raya mesti mubin duduk belakang aku.
oke, beta baru perasan. ain jeles lettew. haha.


banyak ni jaa lah yg ada time raya haritu.
family am + family pak lang + family mubin. sikit sangat yang ada nihh. 
yang ni jaa lahh yg mampu am tulis utk raya pertama. sebab memang takda aktiviti.
am nak tulis pasal raya kedua pulak.


muehehe. ni baju raya kedua. biru my feveret.
raya kedua nihh, am balik rumah tok dekat simpang empat.
then, ikut che ah pegi beraya petang tuu. mula-mula pegi rumah aishah.
next, rumah iman. lupa, iman tak sihat waktu tuu. rasa bersalah pulak pegi kacau diaa.
dah dekat nak senja, baru lahh menapakkan kaki dekat rumah ppah.

berakhir lahh raya untuk tahun ini.

-THE END-


Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Denai Day !

assalamualaikum.

rajin bebenar Amani Ahmad Nasharuddin update blog sekarang ni. puji lahh sikit, puji lahh. ahaha ! sorry lahh, otak tak berapa nak senta sekarang nihh. actually kan, dekat sehari hari nihh am baring atas tilam jaa. wallaweh ! sakit yg tak terkata kott. tu lahh, selama nihh dok p jalan jaa pusing denai tuhh. kelmarin tetiba buat semangat nak jogging. apa lagi, sakit abeh satu badan. maka mak pun mula bising. abaikan jaa. janji jogging kelmarin memberi satu kepuasan :)

kemarin kan, sebenarnya takda plan pun nak keluar rumah. then, akmal razak tweet and ajak aliff athir p jogging kat denai. oww, baru teringat yg beta dah lama tak berjogging dan takpi denai. pastu, am pun hantar mesej kat kakak. tanya diaa free or tak. kalau dia takmau ikut, am pun tak jadi lahh nak p denai. dia reply and kami pun set lahh nak p pukul berapa dan sebagainya. 

5:30 lebih-lebih camtu, kami pun keluar lahh. oke, minyak moto takda. tapi, abaikan sebab kirin kata minyak moto banyak tuu still boleh sampai alor setar. macam biasa, saya lahh yg bawak moto tuhh. bajet macam lesen dah P. ahaha. pastu, sampai lahh kat denai. orang ramai lahh jugak. kebanyakannya bawak anak jalan-jalan, main taman. yg jogging tuhh tak banyak pun.

kami pun start lahh jogging. am nak jalan jaa sebenarnyaa, dah kakak suruh jogging, am jogging lahh jugak. fakta, kakak tinggal am tauu dakk. almaklum lahh, stamina diaa tinggi. am takda stamina. tambah dgn asthma lagi. so, jogging lahh ala-ala amani nasharuddin. time jogging tuhh rasa mcm tak cukup oksigen jaa. so, sekejap am jalan, sekejap am jogging. supaya am tak pengsan sorang-sorang. ahaha. dah laa kera banyak. mau kera tuhh mai ngorat am, kan niayaa. tak sanggup !

oke, ini tujuan yg sebenar ::











 











 

perghhh ! photoshoot sakan. atcually  kami tengah test kamera xperia V yg kakak baru beli. so, am lahh jadi modelnyaa. model lahh sangat ! dah laa gemuk. booo sikit. nah, am bagi korang tengok 23 keping gambar am. dah laa pakai jersi man u, nampak dakk pengkhianatan di situ?  kisah apa aku. selama dok p denai, tak pernah lagi buat photoshoot besar-besaran mcm nihh. almaklumlah, takda sapa-sapa sudi jadi photography. terasa dakk? ahaha !

cukup lahh update utk kali nihh. denai & kenangan. if u know what i mean. tunggu utk entry seterusnya tauu. wassalam. :)

credit : Nor Syazwani Anuar




Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Our Farewell

assalamualaikum.

how are u? feeling good? ahaha. i'm not oke at all. well, tangan terseliuh.
pagi ni, am nak cerita pasal hangouts kami kelmarin, actually dah plan lama dah. oleh kerana masing-2 nak sambung belajar. so, kelmarin iman dgn pqah hantar mesej ajak p kuala perlis. nasib baik lah am baca mesej tuu. almaklumlah, fon am sentiasa silent sekarang nihh. kenapa silent? hmm, am pun takda sebab yg kukuh.

am malas nak bawak moto, so suruh laa iman pegi ambik am kat kedai mak. dalam pukul 4.30 macam tuu, kereta kancil iman pun sampai. err, dan ppah yg drive. almaklumlah orang ada lesen. yg am nihh, retest pun tak lulus. nampak dakk betapa tak layaknya nak bawak kereta. ngee~ macam biasa lahh bila masing-masing baru dapat lesen, semestinya pemanduan di tahap yg paling bahaya. dan penumpang di dalam kereta akan menjerit macam orang naik roller-coaster. ppah corner kat selekoh, mana pakai break. tuhh yg buat kami menjerit lebih. btw, takda kehilangan nyawa yg dilaporkan. -.-

so, kami pun selamat tiba di destinasi. buka-buka pintu kereta, perghhh ! angin kuat cheqq oii. terangkat habis tudung. dengan air laut pasang. oke, permandangan tiptop. time order makanan, am order mcm yg dirancang jaa lahh. AIS KACANG ! lagi pun, am dah melantak kat rumah. mak masak nasik minyak dgn sambal udang. wallawehh, bukan selalu mak nak masak. memang terangkat arhh.
then, apa yg di-order pun sampai. kan am kata angin kuat tadi, takdan lama mana pun, ais tuhh cair. coishhhh! baik panggil AIR KACANG. hampeh betul. 









nak dijadikan cerita, time balik am pulak yg drive. for your in formation, am mana ada lesen. rupa-rupanya iman dgn ppah taktauu. patut lahh depa bagi am drive. time am drive, lagi kuat depa menjerit. roller-coaster berkuasa tinggi lahh katakan. ahaha. am drive dari kuala perlis, masuk ikut sungai baru dan terus ke kedai bonda beta. dalam dok kena bising sebab bawak kereta macam orang mabuk tuu pun, sempat lagi tunjuk kat depa kat mana umah izzraif. dan perjalanan am dan mereka pun berhenti kat kedai mak am.









utk pengetahuan, gambar ini tidak ditapis sama sekali. maybe nihh kali terakhir kami nak berkumpul sama-sama. nak bergelak ketawa. nak berkongsi cerita. lepas nihh masing-masing dah sibuk dgn urusan sendiri. masing-masing nak kejar cita-cita. harap kita takkan lupa kenangan sepanjang lima tahun kita kenal. hampa kawan terbaik yg pernah aku jumpa. jaga diri oke. aku sayang hampa semua. aku mintak maaf kalau ada salah aku dgn hampa. kalau aku terbaran dgn hampa, sakitkan hati hampa. sama ada aku ada niat atau pun takda niat. halalkan semua makan & minum yg pernah hampa bagi kat aku. aku akan doakan hampa dari kejauhan. jumpa kawan baru nanti, jangan lupa aku :)

p/s : cuba tahan air mata time tulis entry nihh. 

credit to: Shahirah Nasir, Nur Shafiqah, Nor Afifah & Iman Solehan

Terima Kasih Membaca , Sila Like .