Iftar with Partners in Crime

Assalamualaikum.

Oleh kerana beta sangat segan nak buat assignment, maka beta akan menghabiskan sedikit masa untuk blog nihh. Untuk entry kali ni, Am akan bercerita tentang Iftar PPU. Tapi tak berapa PPU sangat lahh, sebab 16 orang jaa yang join. Still best. Nak plan aktiviti ni pun makan masa jugak lahh. Biasa lahh manusia, sikap tak puas hati tuu banyak. At last, kami set kat D' Dapur Ibuku. 18 Julai 2014.

Yem hantar mesej, katanya nak ambil Am pukul 5.30 petang. Fine ahh, siap lahh apa semua Am ni pun. Tapi pukul 6.00 baru Yem sampai. Lepas ambil Am, kita orang pun pegi lahh asrama sebab nak ambik Pa'in pulak. Kehkeh, Pa'in style kalut. Lari pecut dia mai kat kereta, pastu dok mengah sorang-sorang. Pastu, Yem call Wan pulak. Mana lahh kami  nak tauu rumah Wan kat mana. Drive-drive p rumah Wan, mamat nihh baru habis mandi. Hampeh cap ayam sungguh. Tunggu lahh dia bersiap kalah mak datin. Tunggu Wan lahh yang paling lama.

Otw nak p ambik Che Ah, ada pasar malam pulak. Stuck lah satt sebab jam. Pastu terperasan yg YB Chan Ming Kai dok tengah edar buah kurma kat tepi jalan. Sumpah, dia segak. Then Che Ah call tanya kami ada kat mana. Yem dengan idea jahat pun menipu Che Ahh, dia kata kami semua dah ada atas highway. And Yem kata, ingatkan Che Ah p dengan Saufi. Kami dok lawan gelak dah atas kereta, sebab kami tau reaksi  Che Ah macam mana. Bila sampai depan rumah Che Ah, memang Che Ah bengang lahh. Mission complete! Haha.

Lepas p bazaar apa semua, kami pun p lahh D' Dapur Ibuku. Ingatkan kami yang lambat, tengok-tengok takda sapa pun yang mai lagi. Am nak cerita apa sebenarnya? Nahh gambar.





Lepas Iftar, kami pegi Masjid Behor Temak untuk sembahyang maghrib. Dah masuk kereta apa semua, plan nak p hantar Che Ah dengan Wan, sebab Pa'in tido rumah Am. Tetiba ternampak uptown. So kami singgah and menggila jaa lahh.





Segan dahh ah nak bercerita. Sekian. Bye.

Amani Nasharuddin. 20 Julai 2014, 12:37 P.M.

Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Upper Six Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum.

Hari ni dah 27 Jun 2014. How time flies dude. Tinggal lebih kurang 4 bulan jaa lagi nak menggila dengan geng tingkatan enam. You know what? Memang tingkatan enam ni susah, tapi Am tak pernah menyesal terima tawaran untuk form six nihh. Antara detik terindah dalam hidup I think. Am dah cuba banyak benda sepanjang jadi student form six nihh. Am dah buat pengucapan awam depan perhimpunan. Dari darjah satu sampai form five, Am tak pernah pun bercakap depan perhimpunan. Sebab apa? Takda self-confident lahh bro. Am jadi emcee untuk Majlis Perlantikan Pengawas SMKDSA. Am memang banyak buat salah time tuu, tapi pedulikan semua tuu. Pengalaman tuu yang penting. I love it.

Sebenarnya Am memang nak update blog untuk first half tahun nihh, tapi skrin laptop pulak retak. So, baru sekarang ada peluang. Am nak start dengan Form Six's Trip To Cameron Highland. Sebelum trip ni, banyak orang yang nak tarik diri waktu saat akhir. Sebab? Ada lahh masalah sikit. Tapi bila ingat cikgu-cikgu, tak sampai hati lahh pulak. So, trip pun bermula. Sepanjang trip nihh hujan jaa banyak, tapi tak ganggu aktiviti pun lahh. Sejuk jangan dok kata lahh, memang perghhhhh ! Oke, Am akan bercerita guna gambar.

Okeh, sambung cerita balik. Malam yang kami sampai Puncak Arabella tuu, hujan memang lebat gila. Bas pun takleh masuk tempat tu, so terpaksa berhenti jauh sikit and redah hujan. Sampai dalam pukul 9 malam macam tuu, then check in lahh kat apartment masing-masing. Takda aktiviti apa sangat pun malam tuu, buat kerja masing-masing jaa. Maka kami pun buka cerita yang tak pernah dibicara waktu kat dalam kelas. Sesi bercerita malam tuu diakhiri oleh Am dan Yem lebih kurang pukul 3 pagi. 

First stop kami kat KK, sambil usha-usha labu sayong

Gambar orang excited baru first time sampai Cameron.

So, pagi pun menjelma. Kami bermula dengan sarungkan baju korporat kebanggaan SMKDSA. Am siap awal, so Am duduklah depan tv. Tv tuu memang terbuka. All of sudden, volume tv tuu naik sampai angka 100. Meremang bulu roma kott. Then Cikgu Azni mai, dia macam cakap suruh kalau ada makhluk lain, tolong jangan kacau kami lahh. Memang tak tunggu lama, terus tutup tv. Then, kami pun bertolak ke MARDI. Lawa lahh tempat tuu. Ada banyak bunga. Strawberi pun baru dok berbuah. Lepas lawan snap gambar apa semua, kami tukar lahh baju korporat kepada baju biasa.

We with our korporat look and le teachers.

Now, we are at MARDI, Cameron.

Perjalanan diteruskan ke Ladang Teh milik syarikat BOH. Mula-mula kena tunggu bas dulu, sebab nak naik bukit. Bas yang kami naik daripada Perlis maybe tak larat nak panjat bukit. Bas yang kami naik untuk pegi ladang teh tuu buruk jaa, tapi driver dia legend. Dengar kata dia drive guna satu tangan jaa, yang pasti laju gila. Cikgu-cikgu suruh kami mengucap banyak-banyak. Bila sampai, satu ayat jaa keluar daripada mulut. "Perghhhh! Lawa gila." Saujana mata memandang dowhh. Kalau p kat tempat yang best nihh, snap gambar lahh jadi keutamaan. Kalau nak tau, kat sini lahh Maya Karin and Aaron Aziz filming untuk Ombak Rindu.

In rush, we arrived at Ladang Teh BOH. Beautiful.

I just love it here.

My Gemuk also here. And he act weird like always.

Jangan taktau yg Diana Amir pernah snap gambar kat bangku yg sama. Kahkah

After penat berjalan apa semua, kami balik lahh apartment balik. Malam tuu kami buat BBQ pulak. Tapi bagi Am BBQ tuu tak happening sangat. Sebab kami kalut nak balik apartment. Nak jadikan cerita, Am rasa seram sejuk jaa malam tuu. Macam ada something wrong somewhere. Tengah yang lain menyembang, mulut Am dah macam terkunci dah. Just terkumat-kamit baca ayat Kursi. Then Yem perasan yang Am diam. Yem kata, "Amani, hang jangan cari pasal. Tempat orang nihh." Time tuu memang kami tak sembahyang Isya' lagi. Semua pakat takut nak mulakan pergerakan. Sampailah Q yang start p ambik air sembahyang. Then kami makan pulak lepas sembahyang tuu, almaklumlah dapat semangat balik. Malam tuu memang pakat tido awal. Am pesan kat Yem, "Yam, bagi aku tido dulu, lepas tuu baru hang tido". Then Am dengar Yem buka recording Ikram dok baca Surah Yaasin. Maka malam terakhir di Cameron Highland pun berakhir.

Oke, dah sampai masa nak balik. So kita orang breakfast lahh apa semua sebelum turun daripada bukit. Kami nak pegi tengok buah strawberi, malangnya strawberi belum berbuah. Kami berhenti kat satu lagi ladang teh yang kat tepi highway. Tapi, my condition was so so bad. Pening kepala yang amat. Bila naik balik atas bas, Am memang tido sampai lahh bas dah ada kat Perak. Takda apa dah yang nak dicerita, malam tuu kami pun sampai kat perkarangan SMKDSA terchentaa.

Acah-acah candid jaa semua ni. Geng satu apartment.
Last stop sebelum balik Perlis, tak ingat nama apa.


Last words, although it just a simple trip with le friends but I have so much fun. Benda yang Am takkan lupa sepanjang trip ni, time kita semua karaoke ramai-ramai atas bas. Am dapat rasa yang kita semua ni macam sebuah family yang besar. Punya perangai gila-gila yang sama. I do love you guys. I really do. Thanks for bright up my life. :)

Amani Nasharuddin. 27 June 2014. 09:34 PM


Terima Kasih Membaca , Sila Like .

Hurt.

Assalamualaikum.

Heyy there. Rasa nak nangis. Rasa macam-macam sekarang ni. Mana Amani yang pernah nafikan kehadiran seseorang dalam hidup dia dulu? Mana Amani yang kata dia nak positif sepanjang tahun ni? Mana awak yang dulu Amani?

Kadang-kadang orang suruh kita bersabar. Tapi pernah ke tidak orang tuu sendiri rasa peritnya menafikan perasaan sendiri? Amani Ahmad Nasharuddin tak pernah sesabar ni tau dak?

Mak ayah, adik janji dengan diri sendiri yang adik takkan hampakan harapan mak dengan ayah. Adik akan lupakan benda lain just untuk tunaikan cita-cita mak dengan ayah. I love both of you more than I love him.

Thats all for sesi luahan perasaan ni.

21:27 06/03/2014


Terima Kasih Membaca , Sila Like .

I'm Back

Assalamualaikum.

Oke, sekarang pukul 2 pagi. Am tengah tengok video-video kat youtube dan taktau macam mana boleh tersesat kat blogg. Well, Ppah still aktif dengan blogg. Tapi Am macam dah lupa kat blog nihh. Heyy blogg, I miss you :)

2013 dah berlalu dengan tangisan dan ketawa. Maka 2014 hadir tanpa belum pasti menjanjikan apa-apa. Tapi Am still berharap yg something good will happen. Semester 2 dah start, pressure pun dah mula terasa. Apa taknya? 3 assignment PBS  perlu Am buat. Dan semuanya dalam 3 bulan. Sejarah, Pengajian Am and Bahasa Melayu. Kalau ada orang kata yang tingkatan 6 nihh jalan pintas yang mudah, mohon anda perbetulkan otak supaya lebih waras. Anda SALAH. Mohon calon-calon SPM yg lain fikir banyak-banyak kali sebelum masuk tingkatan 6.

So, apa yang Am nak kongsikan? Entah.

Amani binti Ahmad Nasharuddin?

Takda apa-apa yang berubah pada diri saya. Masih saya yang dulu. Amani yang selalu senyum. Tapi kali nihh saya senyum dengan penuh keikhlasan. Kenapa? Kerana saya redha dengan apa yang pernah jadi sebelum ni. Saya senyum kerana saya tiada apa-apa masalah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya. Berita baik, Amani Nasharuddin dah tak pernah tinggal solat 5 waktu. Am ada terbaca satu statement, kalau nak berubah ke arah kebaikan, langkah pertama ialah jaga solat 5 waktu kita. Am bersyukur sebab Allah sayang Am, dan Dia memberi hidayah untuk Am berubah. Am tak malu untuk mengaku yang suatu masa dahulu Am ialah seorang yang jahil tentang agama. Yang penting, bagi peluang untuk diri sendiri berubah. Percayalah setiap orang ada peluang kedua.



Sekolah?

Oke, 8 Februari nanti umur Am genap 19 tahun. So sekarang, Am dah tingkatan 6 atas.  Masih dalam aliran kemanusiaan. Apa lagi? Ohh, sem nihh am berazam untuk tak ponteng sekolah banyak sangat. Everything gonna be oke right? Secara jujurnya, Form 6 nihh laa baru am rasa betapa nikmatnya jadi student sekoalh menengah. Tak berapa terikat dengan disiplin sekolah. Ahh, I like it.

Kawan?

Yang ni menarik. Kalau tahun lepas asyik berkepit dengan Shahirah Nasir, tahun nihh Am ada banyak kawan. Why tahun lepas tak banyak kawan? Mudah jaa jawapan diaa, sebab Am selalu ponteng sekolah. Nak berkawan pun tak sempat. Tahun nihh Am ada Pa'in, 'Aisyah, Annasuhah, Mariam, Farah, Asiah, Putri, Tham Chew Meng and ada lagi. Wait, you know what? My Gemuk a.k.a Harz always there for me. Orang kata, berkawan biar ramai, berkasih satu dah laa. So Amani, you're not alone. Haha

Dont worry, kawan lama masih aku sayang sama macam dulu. Iman Solehan, Nor Afifah, Shafiqah Sazali, Fatin Fatini, Aishah Nurfitri, Aizat, Sukri, Anis Nadhirah. Ahhhh ~ Aku rindu hampa semua. Balik lahh belanja aku makan pizza. Mihmihmih.





Setakat ni jaa kott nukilan Am untuk kali nihh. Ingat, belajar memaafkan setiap orang yg berada di sekeliling kita. Dengan cara tuu baru lahh hati kita akan rasa tenang dan perjalanan hidup kita akan lebih lancar. Am doakan yang terbaik untuk kalian. Mohon kirimkan doa kalian untuk Am jugak. Wassalam.

Amani Nasharuddin, 18 Jan '14, 03:41 AMi
Terima Kasih Membaca , Sila Like .