Upper Six Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum.

Hari ni dah 27 Jun 2014. How time flies dude. Tinggal lebih kurang 4 bulan jaa lagi nak menggila dengan geng tingkatan enam. You know what? Memang tingkatan enam ni susah, tapi Am tak pernah menyesal terima tawaran untuk form six nihh. Antara detik terindah dalam hidup I think. Am dah cuba banyak benda sepanjang jadi student form six nihh. Am dah buat pengucapan awam depan perhimpunan. Dari darjah satu sampai form five, Am tak pernah pun bercakap depan perhimpunan. Sebab apa? Takda self-confident lahh bro. Am jadi emcee untuk Majlis Perlantikan Pengawas SMKDSA. Am memang banyak buat salah time tuu, tapi pedulikan semua tuu. Pengalaman tuu yang penting. I love it.

Sebenarnya Am memang nak update blog untuk first half tahun nihh, tapi skrin laptop pulak retak. So, baru sekarang ada peluang. Am nak start dengan Form Six's Trip To Cameron Highland. Sebelum trip ni, banyak orang yang nak tarik diri waktu saat akhir. Sebab? Ada lahh masalah sikit. Tapi bila ingat cikgu-cikgu, tak sampai hati lahh pulak. So, trip pun bermula. Sepanjang trip nihh hujan jaa banyak, tapi tak ganggu aktiviti pun lahh. Sejuk jangan dok kata lahh, memang perghhhhh ! Oke, Am akan bercerita guna gambar.

Okeh, sambung cerita balik. Malam yang kami sampai Puncak Arabella tuu, hujan memang lebat gila. Bas pun takleh masuk tempat tu, so terpaksa berhenti jauh sikit and redah hujan. Sampai dalam pukul 9 malam macam tuu, then check in lahh kat apartment masing-masing. Takda aktiviti apa sangat pun malam tuu, buat kerja masing-masing jaa. Maka kami pun buka cerita yang tak pernah dibicara waktu kat dalam kelas. Sesi bercerita malam tuu diakhiri oleh Am dan Yem lebih kurang pukul 3 pagi. 

First stop kami kat KK, sambil usha-usha labu sayong

Gambar orang excited baru first time sampai Cameron.

So, pagi pun menjelma. Kami bermula dengan sarungkan baju korporat kebanggaan SMKDSA. Am siap awal, so Am duduklah depan tv. Tv tuu memang terbuka. All of sudden, volume tv tuu naik sampai angka 100. Meremang bulu roma kott. Then Cikgu Azni mai, dia macam cakap suruh kalau ada makhluk lain, tolong jangan kacau kami lahh. Memang tak tunggu lama, terus tutup tv. Then, kami pun bertolak ke MARDI. Lawa lahh tempat tuu. Ada banyak bunga. Strawberi pun baru dok berbuah. Lepas lawan snap gambar apa semua, kami tukar lahh baju korporat kepada baju biasa.

We with our korporat look and le teachers.

Now, we are at MARDI, Cameron.

Perjalanan diteruskan ke Ladang Teh milik syarikat BOH. Mula-mula kena tunggu bas dulu, sebab nak naik bukit. Bas yang kami naik daripada Perlis maybe tak larat nak panjat bukit. Bas yang kami naik untuk pegi ladang teh tuu buruk jaa, tapi driver dia legend. Dengar kata dia drive guna satu tangan jaa, yang pasti laju gila. Cikgu-cikgu suruh kami mengucap banyak-banyak. Bila sampai, satu ayat jaa keluar daripada mulut. "Perghhhh! Lawa gila." Saujana mata memandang dowhh. Kalau p kat tempat yang best nihh, snap gambar lahh jadi keutamaan. Kalau nak tau, kat sini lahh Maya Karin and Aaron Aziz filming untuk Ombak Rindu.

In rush, we arrived at Ladang Teh BOH. Beautiful.

I just love it here.

My Gemuk also here. And he act weird like always.

Jangan taktau yg Diana Amir pernah snap gambar kat bangku yg sama. Kahkah

After penat berjalan apa semua, kami balik lahh apartment balik. Malam tuu kami buat BBQ pulak. Tapi bagi Am BBQ tuu tak happening sangat. Sebab kami kalut nak balik apartment. Nak jadikan cerita, Am rasa seram sejuk jaa malam tuu. Macam ada something wrong somewhere. Tengah yang lain menyembang, mulut Am dah macam terkunci dah. Just terkumat-kamit baca ayat Kursi. Then Yem perasan yang Am diam. Yem kata, "Amani, hang jangan cari pasal. Tempat orang nihh." Time tuu memang kami tak sembahyang Isya' lagi. Semua pakat takut nak mulakan pergerakan. Sampailah Q yang start p ambik air sembahyang. Then kami makan pulak lepas sembahyang tuu, almaklumlah dapat semangat balik. Malam tuu memang pakat tido awal. Am pesan kat Yem, "Yam, bagi aku tido dulu, lepas tuu baru hang tido". Then Am dengar Yem buka recording Ikram dok baca Surah Yaasin. Maka malam terakhir di Cameron Highland pun berakhir.

Oke, dah sampai masa nak balik. So kita orang breakfast lahh apa semua sebelum turun daripada bukit. Kami nak pegi tengok buah strawberi, malangnya strawberi belum berbuah. Kami berhenti kat satu lagi ladang teh yang kat tepi highway. Tapi, my condition was so so bad. Pening kepala yang amat. Bila naik balik atas bas, Am memang tido sampai lahh bas dah ada kat Perak. Takda apa dah yang nak dicerita, malam tuu kami pun sampai kat perkarangan SMKDSA terchentaa.

Acah-acah candid jaa semua ni. Geng satu apartment.
Last stop sebelum balik Perlis, tak ingat nama apa.


Last words, although it just a simple trip with le friends but I have so much fun. Benda yang Am takkan lupa sepanjang trip ni, time kita semua karaoke ramai-ramai atas bas. Am dapat rasa yang kita semua ni macam sebuah family yang besar. Punya perangai gila-gila yang sama. I do love you guys. I really do. Thanks for bright up my life. :)

Amani Nasharuddin. 27 June 2014. 09:34 PM


Terima Kasih Membaca , Sila Like .