Iftar with Partners in Crime

Assalamualaikum.

Oleh kerana beta sangat segan nak buat assignment, maka beta akan menghabiskan sedikit masa untuk blog nihh. Untuk entry kali ni, Am akan bercerita tentang Iftar PPU. Tapi tak berapa PPU sangat lahh, sebab 16 orang jaa yang join. Still best. Nak plan aktiviti ni pun makan masa jugak lahh. Biasa lahh manusia, sikap tak puas hati tuu banyak. At last, kami set kat D' Dapur Ibuku. 18 Julai 2014.

Yem hantar mesej, katanya nak ambil Am pukul 5.30 petang. Fine ahh, siap lahh apa semua Am ni pun. Tapi pukul 6.00 baru Yem sampai. Lepas ambil Am, kita orang pun pegi lahh asrama sebab nak ambik Pa'in pulak. Kehkeh, Pa'in style kalut. Lari pecut dia mai kat kereta, pastu dok mengah sorang-sorang. Pastu, Yem call Wan pulak. Mana lahh kami  nak tauu rumah Wan kat mana. Drive-drive p rumah Wan, mamat nihh baru habis mandi. Hampeh cap ayam sungguh. Tunggu lahh dia bersiap kalah mak datin. Tunggu Wan lahh yang paling lama.

Otw nak p ambik Che Ah, ada pasar malam pulak. Stuck lah satt sebab jam. Pastu terperasan yg YB Chan Ming Kai dok tengah edar buah kurma kat tepi jalan. Sumpah, dia segak. Then Che Ah call tanya kami ada kat mana. Yem dengan idea jahat pun menipu Che Ahh, dia kata kami semua dah ada atas highway. And Yem kata, ingatkan Che Ah p dengan Saufi. Kami dok lawan gelak dah atas kereta, sebab kami tau reaksi  Che Ah macam mana. Bila sampai depan rumah Che Ah, memang Che Ah bengang lahh. Mission complete! Haha.

Lepas p bazaar apa semua, kami pun p lahh D' Dapur Ibuku. Ingatkan kami yang lambat, tengok-tengok takda sapa pun yang mai lagi. Am nak cerita apa sebenarnya? Nahh gambar.





Lepas Iftar, kami pegi Masjid Behor Temak untuk sembahyang maghrib. Dah masuk kereta apa semua, plan nak p hantar Che Ah dengan Wan, sebab Pa'in tido rumah Am. Tetiba ternampak uptown. So kami singgah and menggila jaa lahh.





Segan dahh ah nak bercerita. Sekian. Bye.

Amani Nasharuddin. 20 Julai 2014, 12:37 P.M.

Terima Kasih Membaca , Sila Like .